
MESYUARAT AHLI LEMBAGA ( ALK ) BIL.2/2026 KOPERASI BERSEPADU PERSATUAN BEKAS ANGGOTA TELEKOM MALAYSIA (PBATM) SELANGOR BERHAD.
Tarikh. : 6 Julai 2026
Masa. : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Bangunan Telekom Musering Blok, Batu 10, Cheras, Selangor .
Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Bersepadu Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) Selangor Berhad kali kedua telah diadakan pada hari Isnin, 6 Julai 2026 bertempat di Bilik, Bangunan Telekom Musering Blok, Batu 10, Cheras, Selangor. Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dan berjalan dengan lancar serta sempurna.
Seramai 8 orang Ahli Lembaga Koperasi hadir pada mesyuarat ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Salmah bt. Samsi, salah seorang Ahli Lembaga Koperasi.
Sepanjang mesyuarat, pelbagai perkara utama telah dibincangkan dan diperhalusi dengan teliti oleh semua ahli yang hadir. Setelah perbincangan yang mendalam, semua cadangan dan keputusan yang telah diluluskan dan diterima oleh Ahli Lembaga Koperasi.
Mesyuarat ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan koperasi.
Semoga dengan kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak, Koperasi Bersepadu PBATM Selangor Berhad akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Mesyuarat di tamatkan pada jam : 2.50 petang