Presiden PBATM Bersama Setiausaha Kelab Golf Anggota Telekom Malaysia

LAPORAN PERTEMUAN PRESIDEN PBATM BERSAMA WAKIL KELAB GOLF ANGGOTA TELEKOM MALAYSIA (KGATM)

Tarikh: 19 Julai 2026
Tempat: Restoran Pelita, Ampang

Satu pertemuan telah diadakan di antara kepimpinan Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) dengan wakil Kelab Golf Anggota Telekom Malaysia (KGATM) bagi membincangkan cadangan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi.

Kehadiran wakil PBATM:

  1. Hj. Ruslan b. Ahmad – Presiden PBATM
  2. Dato' Ir. Muhammad Imran b. Baharuddin, Setiausaha KGATM
  3. En. Mazlan b. Hanfiah – Timbalan Presiden PBATM
  4. En. Mohamad Kasim b. Omar Khan – Setiausaha Agung PBATM

Tujuan pertemuan:

  1. Membincangkan permohonan KGATM untuk menjadi ahli PBATM dan aktivitinya bergerak di bawah pengurusan PBATM.
  2. Bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua pihak berhubung cadangan tersebut.
  3. Mencari ruang dan peluang kerjasama yang dapat menarik lebih ramai pesara Telekom Malaysia menyertai KGATM dan PBATM melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
  4. Mengeratkan hubungan silaturahim serta menjalinkan kerjasama antara PBATM dan KGATM.

Sepanjang pertemuan, perbincangan berlangsung dalam suasana yang mesra, terbuka dan penuh semangat kekeluargaan. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk meneroka bentuk kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada ahli, khususnya dalam aspek kebajikan, riadah, kesihatan dan pengukuhan jaringan persahabatan dalam kalangan pesara Telekom Malaysia.

Harapan

Adalah diharapkan hasil pertemuan ini akan menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih kukuh antara PBATM dan KGATM. Kedua-dua pihak berharap agar kerjasama yang bakal dijalinkan dapat meningkatkan penyertaan pesara dalam pelbagai program, memperkasakan perpaduan, menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan golf, serta mewujudkan sebuah komuniti pesara Telekom Malaysia yang lebih aktif, bersatu dan saling menyokong.