Selamat Hariraya Aidil Adha


PERUTUSAN PRESIDEN PBATM

SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Ahli Majlis PBATM dan Ahli-ahli Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia di seluruh negara. Semoga korban yang kita lakukan kali ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal ibadah yang ikhlas.

Hari Raya Qurban mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan dan keikhlasan seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Marilah kita jadikan semangat ini sebagai inspirasi untuk terus berkorban demi kebaikan persatuan dan sesama ahli.

Nasihat saya:
  • Jadikan Aidiladha ini sebagai pemangkin untuk kita lebih bersatu padu, saling membantu dan menyantuni ahli-ahli yang memerlukan.
  • Kurangkan sifat mementingkan diri, tingkatkan semangat berkongsi dan tolong-menolong.
  • Manfaatkan pengalaman dan kepakaran kita sebagai bekas angota Telekom untuk membangunkan persatuan ini dengan lebih baik.
Harapan saya:

Semoga PBATM terus kukuh, ahli-ahli sihat walafiat, dan kita semua dapat meraikan kejayaan bersama di masa hadapan. Semoga Allah SWT memberkati kita semua dengan kebahagiaan, rezeki yang halal dan kehidupan yang penuh barakah.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Sekian,