Notis Mesyuarat Agung PBATM

PERSATUAN BEKAS ANGGOTA TELEKOM MALAYSIA (PBATM)
Lot 1126, Telekom Mastering Block, Batu 10, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 013-5201069 | E-mel: mdkasimtm@gmail.com
Bil. Memo: PBATM 03/2026
Tarikh: 10hb Mei 2026

Kepada: Semua Ahli Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM)

PER: NOTIS MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN KE 14 (SESI 2026-2028)

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : Khamis, 11 Jun 2026
Masa : 09.30 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi : Damai Hall @ KLCC 30-A, 30, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur
Atucara Majlis:
  1. Ucapan Pengerusi Majlis
  2. Bacaan Doa
  3. Ucapan aluan Presiden PBATM
  4. Ucapan Perasmian
  5. Montage
Agenda Mesyuarat:
  1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
  2. Melantik 2 orang Pencatat Minit
  3. Mempertimbangkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
  4. Mempertimbangkan Aktiviti 2024 - 2025
  5. Mempertimbangkan Penyata Kewangan 2024 dan 2025 yang telah diaudit
  6. Memilih seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden (seorang daripadanya wanita), seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, 13 orang Ahli Majlis dan 2 orang Juruaudit
  7. Pengumuman Keputusan
  8. Membahaskan Usul
  9. Ucapan Penangguhan

Disertakan link minit Mesyuarat Agung ke 13, untuk disemak, dicetak dan dibawa semasa mesyuarat itu nanti.

Sekian dan salam hormat.

“PBATM – WE CARE”

Yang benar,

......................................................
(ROHAINAH BINTI HJ HASAN PJK)
Setiausaha Agung PBATM
(Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia)