Ziarah Prihatin PBATM Pahang Barat






ZIARAH PRIHATIN AHLI PBATM

Pada 2 Mei 2026 , jam 5.30 petang , Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia ( PBATM ) Pahang Barat telah mengadakan satu Ziarah Prihatin ke atas salah seorang ahlinya, Encik Ahmad Zubir bin Omar , yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh .

Ziarah ini telah dihadiri oleh:

  • Encik Mazlan bin Hanfiah , Pengerusi PBATM Pahang Barat
  • Tuan Haji Immerus bin Mahmud , Bendahari PBATM Pahang Barat

Dalam kunjungan tersebut, pihak PBATM telah menyampaikan sumbangan kewangan yang dikendalikan oleh Encik Mazlan bin Hanfiah sebagai tanda simpati dan keprihatinan terhadap keadaan yang dihadapi oleh beliau.

Program ziarah ini bukan sahaja bertujuan untuk menghulurkan bantuan, malah sebagai usaha mempererat hubungan silaturrahim serta menunjukkan bahawa PBATM sentiasa cakna  dan prihatin terhadap kebajikan ahli-ahlinya.

Doa buat pesakit:

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ البَأْسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَغِرْء سَقَمًا

Maksudnya:
“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini, sembuhkanlah dia, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”

Semoga dengan ziarah dan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung, di samping memberi semangat dan kekuatan kepada Encik Ahmad Zubir bin Omar untuk terus menghadapi ujian.