Majlis Tautan Kasih Aidilfitri PBATM Pahang 2026


LAPORAN MAJLIS TAUTAN KASIH AIDILFITRI PBATM PAHANG 2026

https://drive.google.com/drive/folders/1IzKjYN79JXmGAprQ4j1h7-QlI73_nHsk

Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) Pahang

Majlis Butiran

  • Tarikh : 20 April 2026
  • Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
  • Lokasi : ERA Gemilang Central Event Village, Kg.Pandan, Kuantan
  • Kehadiran : Lebih 150 orang pesara Telekom Malaysia (TM) bersama pasangan, Ahli Ahli PBATM dan Pesara TM Pahang.
  • Turut Hadir :  Hj.Ruslan b. Ahmad ( Timbalan Pengerusi PBATM ), Hjh Rohainah bt. Hassan ( Setiausaha Agong PBATM ), Pn. Sharifah bt. Salleh ( Bendahari Agong PBATM ) dan beberapa orang EXCO dan Ahli Majlis PBATM.
  • Mewakili Pengurus Besar Rangkaian TM Pahang ( En. Mohd Amirun b. Muhammad ) dan En. Rusdi@Othman b. Yusof ( Pengerusi NUTE Pahang ).

Majlis Perasmian

Majlis telah disempurnakan oleh:

  • Dato' Abdul Malek b. Dr.Mohamed

Atur Cara Majlis

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang di pimpin oleh Hj.Mohd Din b. Hamzah.

Di ikuti dengan Ucapan Aluan oleh Dato' Zulfikri b. Hashim selaku ( Penyelaras Majlis Tautan Kasih PBATM Pahang 2026 merangkap Pengerusi PBATM Pahang Timur ).

Ucapan oleh wakil Hj. Ruslan b. Ahmad ( Timbalan Presiden PBATM )

Ucapan Perasmian oleh Dato' Abdul Malek b. Dr. Muhamed ( Mantan Pengurus Besar Negeri TM Pahang ).



Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi fotografi melibatkan semua tetamu yang hadir sebagai kenangan.



Aktiviti Sepanjang Majlis

Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan majlis, antaranya:

  1. Sumbangan kepada Bakal Haji Tahun 2026

    • Disampaikan oleh Dato' Hj.Wan Danial b. Wan Ibrahim




  2. Sumbangan Bakul Prihatin

    • Disampaikan oleh Dato' Zulfikri b. Hashim





  3. Cabutan Bertuah

    • Di sampaikan oleh :

    • 1. Hj. Ahmad b. Ismail
    • 2. Dato' Hj.Ezanee b. Ab. Aziz
    • 3. Hj. Megat Ngah b. Megat Jusoh
    • 4. Dato' Ir. Othman b. Ismail
    • 5. Hj. Md Nazirruddin b. Ab Moez
    • 6. Hj. Ruslan b. Ahmad













  4. Penghargaan kepada Ahli PBATM Paling Senior

    • Disampaikan oleh :
    • Pn. Hjh. Rohainah bt. Hassan ( Setiausaha Agong PBATM )


  5. Sumbangan Kebajikan kepada Ahli yang Di masukkan ke Hospital

    • Disampaikan oleh: Dato' Zulfikri b. Hashim


Selain itu, turut diadakan kaunter pendaftaran keahlian baharu bagi menyertai ahli dalam PBATM.

Jamuan dan Hidangan

Pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk tetamu, antaranya:

  • Nasi Minyak
  • Lemang dan Rendang
  • Sate
  • Kuih-muih tradisional
  • Pelbagai jenis minuman

Penutup

Majlis ini juga telah berjaya menambah pendaftaran 1 orang ahli baru PBATM dan menarik 23 orang ahli PBATM Pahang untuk menyertai *Skim Khairat Famili Plan*.

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri PBATM Pahang 2026 telah berlangsung dengan penuh jayanya dalam suasana penuh mesra dan harmoni . Program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pesara Telekom Malaysia serta memberi ruang kepada kebajikan dan penghargaan kepada ahli.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memperkukuhkan lagi ukhwah dan kebersamaan dalam kalangan ahli PBATM.

https://drive.google.com/drive/folders/1IzKjYN79JXmGAprQ4j1h7-QlI73_nHsk

Foto Berkaitan
































Persiapan oleh Ahli Jawatankuasa