Majlis Aidilfitri PBATM Melaka

Majlis Sambutan Aidilfitri PBATM Melaka 2026

Majlis Sambutan Aidilfitri Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) Melaka bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana mesra pada 11 April 2026 bertempat di Air Keroh Country Club. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang ahli dan jemputan, yang terdiri daripada pesara Telekom Malaysia serta rakan-rakan seperjuangan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas iaitu Datuk Rozlan b. Mohamed yang pernah berkhidmat sebagai Mantan Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Melaka. Selain itu, majlis ini juga dihadiri oleh Pn.Hjh Rohainah bt. Hasan ( Setiausaha Agong PBATM ) yang turut meluangkan masa bersama ahli-ahli PBATM negeri Melaka.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PBATM, di samping menyemarakkan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh kekeluargaan. Para hadirin berpeluang bertemu dan bertanya khabar antara satu sama lain, berkongsi pengalaman serta mengimbau kenangan sepanjang berkhidmat dahulu.

Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai juadah istimewa telah disediakan bagi meraikan para tetamu yang hadir. Jamuan yang dihidangkan menambahkan lagi kemeriahan suasana, di samping memberikan peluang kepada semua untuk menikmati hidangan sambil berinteraksi dalam suasana santai dan harmoni.

Secara keseluruhannya, Majlis Sambutan Aidilfitri PBATM Melaka 2026 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli. Diharapkan program seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan bagi memastikan hubungan erat ini terus berkekalan.