MAJLIS SIRATURRAHIM AIDILFITRI ZON TAPAH, PERAK
Pada 18 April 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Siraturrahim Aidilfitri Zon Tapah, Perak yang bertempat di Arena Surau As Syakirin, Jalan Damai, Tapah. Program yang penuh dengan suasana kemesraan ini berjaya menghimpun seramai 52 orang ahli dan penduduk setempat bagi meraikan Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh ukhwah.
Majlis disyorkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat, di samping membentuk semangat perpaduan dan saling mengenali antara satu sama lain. Kehadiran para peserta jelas menggambarkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuhkan ikatan persaudaraan dalam kalangan masyarakat.
Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu khas, iaitu Tuan Mior Abdul Rahman , yang dikenali sebagai antara otai di Tapah serta penyumbang terbesar kepada komuniti setempat. Beliau turut diberi penghormatan untuk merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mengekalkan hubungan silaturrahim serta menggalakkan masyarakat agar terus aktif dalam program-program kemasyarakatan.
Sepanjang majlis berlangsung, para hadirin disajikan dengan pelbagai juadah Hari Raya yang menyelerakan. Suasana ceria dan penuh kegembiraan jelas terpancar melalui gelak tawa serta perbualan mesra antara para hadirin. Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan semangat Aidilfitri, malah menjadi medium penting dalam mengukuhkan lagi jalinan persahabatan dan kerjasama dalam komuniti.
Secara keseluruhannya, Majlis Siraturrahim Aidilfitri Zon Tapah ini telah mencapai objektif penganjurannya dengan kejayaannya. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan hubungan silaturrahim terus kekal utuh dan berkekalan dalam kalangan masyarakat setempat.