Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBATM Perak Bil.1/2026



13 Februari 2026 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBATM Negeri Perak telah berlangsung pada 12 Febuari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid Negeri.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PBATM Negeri Perak, Hj. Hamdan bin Saad, bermula pada jam 2.30 petang dengan kehadiran barisan Ahli Jawatankuasa.

Pelbagai perkara telah dibincangkan sepanjang mesyuarat tersebut, termasuk penilaian terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum ini serta perancangan program yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Perbincangan ini bertujuan memastikan setiap aktiviti dirancang dengan lebih teratur dan memberi manfaat yang maksimum kepada ahli serta masyarakat.