Penyerahan Zakat TM Kepada Ahli PBATM Wilayah Persekutuan


Penyerahan Zakat Telekom Malaysia (TM) kepada Ahli PBATM Wilayah Persekutuan

Satu majlis penyerahan Zakat Telekom Malaysia (TM) kepada ahli Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) Wilayah Persekutuan telah diadakan di Pejabat PBATM pada hari ini 5.1.2026 ( Isnin ).

Penyerahan zakat tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) , Hjh. Rahaniah bt. Hasan . Turut hadir dalam majlis ini ialah Hj. Mohd. Rosli b. Deraman , Naib Presiden PBATM .

Majlis ini berlangsung di Pejabat PBATM, Lot 1126, Telekom Malaysia Mastering Blok, Cheras, Selangor , dengan jumlah penerima seramai tujuh (7) orang ahli PBATM.

Selepas majlis tersebut, Setiausaha Agung PBATM turut berkunjung ke rumah seorang ahli PBATM ( Hj. Mahmud ) yang telah meninggal dunia baru-baru ini di A-02-09, Pangsapuri Sri Penara , menyampaikan zakat kepada balu arwah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan PBATM kepada ahlinya.