Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 27.1.2026 secara " dalam talian " bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam.
Mesyuarat di pengerusi oleh Timbalan Presiden PBATM ( Hj.Ruslan b Ahmad ) yang juga Pengarah program Sekalung Kasih Seindah Kenangan.
Lapuran Kewangan dan perbelanjaan Sekalung Kasih Seindah Kenangan di bentang oleh Pn.Saripah bt. Salleh ( Bendahari Agong PBATM ).
Banyak perkara di bincangkan bermula bagaimana program ini bermula hingga program ini berakhir.Beberapa kelemahan dan kekurangan telah di kenal pasti dan perlu di perbaiki di masa akan datang.
Kesimpulannya mesyuarat membuat keputusan secara bersama-sama memutuskan Majlis Sekalung Kasih Seindah Kenangan ini telah dilaksanakan dengan baik dan berjaya.
En. Ruslan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam program ini dan memberi penghargaan kepada semua Ahli PBATM yang hadir dan juga kepada individu yang menyumbang tenaga dan kewangan.