Siri Ziarah Cakna Setiusaha Agong PBATM

 

Pada 26 Disember 2025 (Jumaat), Setiausaha Agung PBATM, Hajah Rahainah binti Hasan, telah mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman Haji Ramli bin Halim, Ahli Majlis PBATM. Kunjungan tersebut bertujuan untuk menyantuni beliau yang sedang kurang sihat, sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan warga PBATM.

Aktiviti ziarah seperti ini merupakan antara inisiatif berterusan PBATM Pusat dalam menjaga kebajikan serta memperkukuh hubungan silaturahim dengan Ahli Jawatankuasa dan ahli PBATM yang berdepan dengan kesulitan.

Diharapkan amalan murni ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang demi memupuk nilai kasih sayang dan keprihatinan sesama ahli.