Lawatan Presiden PBATM ke Menara UBSA


Pada 15 Disember 2025, kira-kira jam 3.09 petang, Presiden serta Ahli Jawatankuasa PBATM telah mengadakan lawatan ke Dewan Seri KeringkamMenara USBA, Shah Alam. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau sendiri lokasi yang dicadangkan bagi penganjuran Majlis Sekalung Kasih Setangkai Kenangan yang akan diadakan kelak.

Sepanjang lawatan, beberapa sesi perbincangan telah diadakan bersama Ahli Jawatankuasa serta pihak pembekal di dewan berkenaan bagi mengenal pasti keperluan teknikal, kemudahan, serta susun atur majlis agar persiapan dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.