Ziarah Strategik Pimpinan PBATM Bincang Pemerkasaan Veteran Pulau Pinang

Pada 29 Disember 2025 yang lalu, Setiausaha PBATM Pulau Pinang, Tuan Hj. Arzahari telah mengadakan kunjungan hormat ke kediaman Timbalan Presiden PBATM, Tuan Hj. Ruslan b. Ahmad.

Pertemuan ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim, malah turut dimanfaatkan dengan perbincangan mendalam mengenai perkembangan semasa dan hala tuju PBATM Negeri Pulau Pinang. Semoga hasil perbincangan ini membawa impak positif kepada seluruh ahli.