Ahli PBATM Pahang Timur Menerima Sumbangan Banjir

Pada 30 Disember 2025, jam 3.00 petang, telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Banjir di Pahang Timur, khususnya di daerah Kuantan. Dalam majlis tersebut, PBATM Pusat telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM2,400.00 kepada Pengerusi PBATM Negeri untuk diagihkan kepada ahli-ahli yang terlibat.

Seramai 12 orang mangsa banjir dalam kalangan Ahli PBATM (Pesara TM) di Daerah Kuantan telah dikenal pasti sebagai penerima sumbangan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PBATM Negeri (Pahang Timur), Dato’ Zulfikri bin Hashim, kepada para penerima. Majlis berlangsung di sebuah restoran di Kuantan dan turut diserikan dengan satu jamuan ringkas sebagai tanda keprihatinan serta usaha menyantuni ahli-ahli yang terkesan.

Diharapkan sumbangan kecil daripada PBATM ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta membantu ahli-ahli yang ditimpa musibah banjir.