Pada 26 Febuari 2025 Majlis Semarak Kasih PBATM Kedah / Perlis telah di adakan dengan jayanya.
Majlis yang di adakan di Hotel Seri Malaysia Sg.Petani itu bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Seramai lebih 100 Ahli PBATM dan Pesara TM telah hadir dam ada di antaranya hadir bersama pasangan masing masing.
Majlis yang julungkali di adakan ini telah di rasmikan oleh YB Dato' Romani b. Wan Salin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang.
Hadir bersama di majlis ini ialah En.Ruslan b. Ahmad, Timbalan Presiden PBATM Pusat, Pn.Hjh. Rohaniah bt. Hasan, Setiausaha Agung PBATM, En.Kasim Khan b. Omar Khan, Penolong Setiausaha Kehormat PBATM dan beberapa orang Ahli Majlis PBATM.
Intipati ucapan Timbalan Presiden PBATM.
1. Beliau mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran YB. Dato' Romni b. Wan Salin yang dapat hadir memeriahkan dan merasmikan majlis ini.
2. Terima kasih atas kehadiran Setiausaha Agung PBATM dan semua Ahli Majlis.
3. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankusa sambutan dan Ahli PBATM Kedah/ Perlis yang bekerja keras dan menyokong menjayakan majlis ini.
Intipati Ucapan Setiusaha Agung PBATM.
1. Memaklumkan arahtuju PBATM bagi tahun 2025.
2. Mengharapkan sokongan lebih ramai lagi pesara TM mendaftar ahli PBATM.
3. Telah ramai bekas pengurusan kanan TM menyokong dan menyertai PBATM.
4. Berjanji akan terus memberi sumbangan tenaga demi memperkukuhkan PBATM.
Di antara aktiviti yang di selitkan dalam majlis ini ialah :
1. Penyampaian Sumbangan Zakat TM kepada Asnaf di kalangan Ahli PBATM.
2. Bakul Perhatin
3. Hadiah Khas
Penyampaian simbangan dan hadiah ini di sempurnakan oleh Timbalan Presiden PBATM dan Setiausaha Agong PBATM.
Jamuan ringan minum petang telah di sajikan oleh pehak hotel kepada tetamu dan pesera yang hadir.Pelbagai menu yang enak telah di sediakan.
Di akhir majlis ini telah di adakan sesi bergambar peserta yang hadir bersama tetamu yg hadir.