Pada tanggal 15 Februari 2025 bertempat di Dewan Tasik Indah, Hotel Seri Malaysia Taiping, telah di adakan Majlis Reunion Semarak Kasih PBATM Utara dengan jayanya.
Majlis yang bermula pada jam 14.30 petang dan berakhir pada jam 18.00 petang itu di hadiri lebih daripada 92 orang Ahli PBATM dan Pesara Telekom Malaysia Berhad dari Negeri Perak khasnya Zon Perak Utara yang terdiri dari peringkat jawatan termasuk mantan Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak.
Peratus kehadiran adalah 85% daripada jumlah ahli seramai 108 orang.
Pengacara Majlis adalah En.Jamal Mat dan Pn. Salasiah Abdullah.Pengerusi PBATM Perak En. Hamdan b. Saad memulakan majlis dengan bacaana doa dan memberi ucapan aluan.
Timbalan Presiden PBATM En.Ruslan b. Ahmad turut hadir mewakili Presiden PBATM.Dalam ucapannya beliau menyentuh aktiviti dan hala tuju PBATM bagi tahun 2025.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Sallehuddin b. Hj. Khalif, Pengerus Besar Network TM Perak.
Hadir sama ke majlis ini ialah En. Mohd Jafar b. Abd Majid, Penasihat PBATM serta Mantan Pengurus Besar SRE Perak Tn.Hj. Badrul Hisham b. Bahari.
Antara aktiviti yang di adakan di majlis ini ialah :
1. Sumbangan kepada Ahli PBATM Perak Utara paling senior.
2. Sumbangan kepada Ahli PBATM paling senior yg hadir ke majlis.
3.Cabutan bertuah.
Tetamu dan ahli ahli yang hadir telah di hidangkan dengan berbagai menu yang enak dan menyelerakan.
Majls ini di akhiri dengan sesi bergambar.Semua tetamu dan hadirin yang hadir sangat bersyukur, teruja dan gembira kerana dapat bertemu dengan rakan rakan sekerja yang telah lama tidak berjumpa.