Mesyuarat Persiapan Majlis Jejak Kasih & Ramah Mesra Pesara TM Pahang Timur Kuantan

Mesyuarat bagi Majlis Jejak Kasih & Ramah Mesra Pesara TM Pahang Timur telah di adakan di Hotel  DHS Hotel Kuantan. Majlis Jejak Kasih & Ramah Mesra ini akan di adakan pada 4hb. September 2024 ( Rabu ). Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Dato Zulfikri b Hashim selaku  Pengerusi dan Penyelaras majlis ini.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa majlis telah hadir bagi membincang dan memberi pandangan bagi menjayakan majlis ini nanti. Turut hadir Setiausaha Kerhormat PBATM  Hjh. Rahaniah bt. Hassan. Naib Presiden PBATM Hj. Rosli b. Deraman dan beberapa orang Ahli Majlis PBATM.

Selesai mesyuarat semua yg hadir telah melawat dewan di mana majlis ini bakal diadakan. Sebelum bersurai Dato' Zulfikri telah bermurah hati menaja Makan Tengahari kepada semua yang hadir.