Majlis Ramah Mesra Idil Fitri PBATM Pahang Barat

6 Mei 2024 — PBTAM Pahang Barat telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2024. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu diadakan dengan tujuan untuk merapatkan silaturrahim serta memperkukuhkan ikatan sesama komuniti selepas menyambut bulan Ramadan yang mulia. 

Acara dimulakan dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat kesihatan dan kesempatan untuk berkumpul pada pagi yang indah itu. 

Majlis dirasmikan oleh Dato' Zulkifli Hashim. Dalam ucapannya, Dato' Zulkifli menyatakan rasa bangga dan kagumnya terhadap semangat kekeluargaan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh penduduk Pahang Barat. Beliau turut menekankan betapa pentingnya mengekalkan tradisi dan budaya Aidilfitri dalam membina masyarakat yang harmoni dan saling menghormati.

Selepas perasmian, hadirin dijamu dengan pelbagai juadah tradisional seperti ketupat, rendang, lemang, sate, dan pelbagai jenis kuih-muih. 

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran PBATAM Pahang Barat ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dalam komuniti. Diharapkan agar majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi platform yang berkesan dalam mempereratkan lagi hubungan sesama ahli. Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang yang terjalin sepanjang majlis ini akan terus mekar dalam hati setiap individu yang hadir.